Wahyu 6:12-14 (AVB) Kemudian aku melihat Anak Domba itu memecahkan materai keenam. Seketika itu terjadilah gempa bumi yang dahsyat. Matahari menjadi seperti kain hitam dan bulan merah seperti darah.
Bintang-bintang gugur dari syurga ke bumi seperti buah ara luruh ditiup angin kencang.
Langit lenyap tergulung seperti gulungan naskhah manakala gunung dan pulau teralih dari tempatnya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Materai keenam" Bab 6 kitab Wahyu penglihatan Yohanes tentang Anak Domba [kita faham merujuk kepada Tuhan Yesus] memecahkan materai gulungan naskhah yang Dia ambil dari TUHAN (Why.5:7). Setiap materai apabila dipecahkan akan berlaku sesuatu, materai pertama muncul kuda putih bersama penunggangnya (ay.2), materai kedua muncul kuda merah bersama penungangnya (ay.4), materai ketiga muncul kuda hitam bersama penunggangnya yang memegang dacing (ay.5), materai keempat muncul kuda berwarna pucat (ay.8), materai kelima Yohanes melihat roh-roh orang benar yang telah dibunuh kerana kesaksian mereka (ay.9) dan materai keenam Yohanes melihat gempa bumi yang dahsyat, matahari menjadi gelap dan bulan seperti merah darah (ay.12), bintang-bintang gugur ke bumi (ay.13) dan langit tergulung seperti naskhah, gunung dan pulau teralih dari tempatnya (ay.14). Penduduk bumi berlari bersembunyi dan mahu segera mati (ay.16) itulah hari penghukuman oleh TUHAN dan Anak Domba itu (ay.17).
Begitulah dahsyat peristiwa yang berlaku ketika materai gulungan naskhah dipecahkan.
Tidak dapat dipastikan maksud materai dan penglihatan yang muncul itu, tetapi yang pasti ada kena mengena dengan penduduk bumi. Tujuannya supaya kita bertaubat.
Semoga kita belajar melihat tanda-tanda materai pertama sehingga keenam supaya kita bertaubat.
Doa: Tuhan Yesus kami semua dalam kuasa-Mu kasihani kami selamatkan kami dari kuasa materai itu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
30.4.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment