1 Petrus 2:24-25 (AVB) Dia menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk perbenaran. Luka-luka-Nya telah menyembuhkan kamu.
Dahulu kamu seperti domba yang sesat, tetapi sekarang kamu telah kembali kepada Gembala dan Pemelihara jiwamu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Gembala dan Pemelihara jiwamu" Bab 2 surat 1 Petrus antara ajarannya sambungan tentang hidup kudus di bab 1, mengesah jemaah singkirkan segala niat jahat, penipuan, kepura-puraan, iri hati dan fitnah (ay.1), hidup kudus bukan semata-mata makanan dan minuman atau hari beribadah, memberi persembahan tetapi etika hidup juga satu kekudusan.
Kemudian Petrus mengajar tentang bangsa lain telah menjadi umat TUHAN, menjadi imam, bangsa yang suci demi mengisyteharkan puji-pujian kepada Tuhan Yesus yang telah memanggil mereka dari kegelapan kepada terang yang gemilang (ay.9). Dahulu seperti domba yang sesat tetapi sekarang telah kembali kepada Gembala dan Pemelihara jiwamu.
Kitalah yang disebut oleh Petrus itu.
Mari kita belajar tetap hidup dalam naungan Gembala dan Pemelihara jiwamu iaitu Tuhan Yesus.
Doa: Tuhan Yesus terima kasih kerana telah memanggil kami menjadi umat-Mu, kuatkan kami supaya tetap setia dalam jagaan-Mu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
10.4.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment