1 Yohanes 1:1-2 (AVB) Apa yang telah wujud sejak mulanya, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat, dan yang telah kami sentuh dengan tangan – itulah yang kami beritakan tentang Firman yang memberi hidup. Hidup itu telah ditunjukkan; kami telah melihat, dan memberikan kesaksian, serta memberitahumu tentang hidup kekal bersama Bapa yang telah ditunjukkan kepada kami. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kami beritakan tentang Firman yang memberi hidup" Bab 1 surat 1 Yohanes mirip pembukaan Injil Yohanes, Tuhan Yesus dikatakan Firman TUHAN yang memberi hidup telah mereka lihat, dengar dan sentuh itulah yang mereka beritakan (ay.1), kehidupan seorang Kristian mesti ada pengalaman peribadi bersama Firman yang hidup itu, kemudian orang itu pula memberitakan kepada orang lain, walaupun secara fizikal dia tidak pernah hidup bersama Firman seperti para murid. Contoh peribadi yang ada pengalaman peribadi tetapi tidak hidup bersama Tuhan Yesus ialah Paulus. Ajaran Yohanes dan para murid yang lain ialah pengalaman peribadi mereka bukan pengalaman orang lain yang diceritakan kepada mereka. Antara yang diberitakan oleh Yohanes dalam bab 1 ialah TUHAN itu adalah cahaya tidak ada kegelapan dalam diri-Nya (ay.5). Maksudnya kalau kita hidup akrab dengan Cahaya itu tidak ada kegelapan dalam hidup kita, tiada lagi sisi mesteri atau tahyul. Biasanya orang yang hidup dalam kegelapan dipenuhi dengan mesteri dan tahyul yang membawa dia hidup dalam dunia yang mengarut dan menakutkan, semasa saya masih kanak-kanak fikirkan dipenuhi dengan mesteri dan ketakutan, seperti takut gelap, takut pengait, takut kiamat dan banyak lagi sebab hidup dalam kegelapan. Semoga kita belajar kami memberitakan Firman yang memberi hidup membawa cahaya rohani supaya kita tidak hidup dalam kegelapan. Doa: Tuhan Yesus terangi hidup kami dengan cahaya-Mu yang gilang gemilang itu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 17.4.2025. Salam minggu Paskah.

Comments

Popular Posts