Titus 3:1-2 (AVB) Nasihati jemaahmu supaya taat akan pemerintah dan penguasa, serta sentiasa bersedia melakukan kebaikan. Larang mereka mengumpat atau bertengkar, dan dorong mereka bersikap ramah-tamah serta lemah lembut kepada semua orang. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Taat akan pemerintah" Bab 3 surat Titus penutup surat, Paulus menyambung pelbagai nasihat untuk dilakukan oleh Titus dalam pelayanan, antara yang disebut mengajar jemaah supaya taat kepada pemerintah dan penguasa (ay.1), seperti kita hari ini selepas kerajaan dibentuk tugas gereja taat kepada pemerintah kerana TUHAN yang memilih pemerintah itu (Rom. 13:1) untuk memberkati gereja atau menghukum kalau berbuat dosa. Paulus juga melarang Titus terlibat berdebat tentang susur galur nenek moyang dan hukum Taurat (ay.9) seperti nasihat Paulus kepada Timotius yang melayani di Efesus (1 Tim. 1:4) mungkin antara persoalan jemaah pada zaman itu tentang susur galur, tidak hairan kalau Injil Matius dimulakan dengan susur galur Tuhan Yesus (Mat. 1:1-17) dan Injil Lukas pun ada susur galur Tuhan Yesus (Luk. 3:23-38). Kemudian Paulus menyembut beberapa nama antaranya Apolos dan Zenas seorang peguam yang mungkin singgah di Kreta untuk meneruskan perjalanan (ay.13). Boleh dikatakan pasukan penginjilan Paulus berpendidikan ada doktor, penguam dan pemidato yang hebat. Akhir sekali Paulus meminta Titus bertemu dia di Nikopolis sepanjang musim sejuk (ay.12). Mari kita belajar mengajar jemaah taat akan pemerintah. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 20.3.2025.

Comments

Popular Posts