1 Timotius 3:1-2 (AVB) Kata-kata ini benar: Jika seseorang ingin menjadi penyelia jemaah, maka dia ingin akan pekerjaan yang baik. Seorang penyelia jemaah haruslah tidak bercela. Dia harus beristeri seorang sahaja, mengamalkan kesederhanaan dan penguasaan diri, dihormati, meraikan tetamu dengan tangan terbuka, dan berkebolehan mengajar. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Penyelia jemaah" Bab 3 surat 1 Timotius ajaran Paulus tentang syarat menjadi penyelia jemaah. Antara yang disebut ialah beristeri seorang sahaja, bersederhana, ada penguasaan diri, dihormati, meraikan tetamu dan banyak lagi (ay.2), selain itu dia pandai mengurus rumah tangga dengan baik, mendidik anak-anaknya supaya taat dan hormat (ay.4), mungkin ramai yang menghadapi cabaran anak-anak yang nakal, ibu bapa pemimpin gereja tetapi anak tidak mahu dengar nasihat, mungkin sebab itulah kebanyak tokoh di Alkitab anak-anak mereka tidak mewarisi kepimpin ayah mereka, seperti Musa, tidak ada satu pun anaknya yang disebut menjadi pemimpin, semua nabi di Perjanjian Lama tidak ada satu pun anak mereka seperti ayahnya menjadi nabi. Syukur di gereja kita PCS ada juga anak mewarisi kepimpin ayahnya, seperti Bishop kita sekarang dia anak kepada mantan presiden gereja PCS. Dia telah membanggakan ibubapanya, tahniah. Mari kita belajar penyelia jemaah satu pekerjaan yang baik, tetapi syarat yang ketat menjadikan sangat syukur. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 10.3.2025.

Comments

Popular Posts