Ibrani 8:13 (AVB) Dengan menyebut “perjanjian baru,” Tuhan telah menjadikan perjanjian pertama dahulu tidak terpakai lagi. Sesuatu yang kian tidak terpakai dan usang sudah sampai masanya untuk lenyap.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Perjanjian Baharu" Bab 8 surat Ibrani penulis menjelaskan kepada para pembaca pokok persoalan perkataan mereka ialah Tuhan Yesus Imam Besar kita yang duduk di takhta TUHAN di syurga (ay.1). Imam Besar itu juga menjadi pengantara kita kepada perjanjian baharu yang lebih baik dan diasas janji-janji yang lebih baik (ay.6). Perjanjian Baharu itu ditanam dalam hati umat (ay.10) setiap orang akan mengenal TUHAN dari yang terkecil hingga yang terbesar tanpa perlu orang mengajarnya (ay.11) sebab Roh Kudus mengajar kita, jangan hairan ada kanak-kanak yang baru berusia sembilan tahun mengenal TUHAN. Dalam Perjanjian Baharu itu juga TUHAN berbelas kasihan dan tidak mengingat dosa kita (ay.12). Iman Besar yang menjadi Perjalanan Baharu itu berlaku iaitu Tuhan Yesus dengan darah-Nya.
Mari kita belajar hidup dalam Perjanjian Baharu bukan lagi hidup dalam Perjanjian Lama.
Doa: Tuhan Yesus ajar kami hidup dalam Perjanjian Baharu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Sabah, Malaysia.
29.3.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment