2 Tesalonika 1:7-8 (AVB) Dia akan memberikan kelegaan kepadamu yang menderita dan juga kepada kami apabila Tuhan Yesus muncul dari syurga diiringi malaikat-malaikat perkasa-Nya dengan api yang menyala. Dia mengenakan hukuman kepada mereka yang tidak mengenal Allah, dan mereka yang tidak taat akan Injil Tuhan kita Yesus Kristus. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Memberi kelegaan kepadamu yang menderita" Bab 1 surat 2 Tesalonika sambungan kisah dari surat 1 Tesalonika khususnya teologi eskatologi dan teologi penderitaan, surat ini dimulakan pujian Paulus kepada jemaah Tesalonika kerana semakin teguh iman dan saling mengasihi (ay.3) malah sabar dalam penderitaan dianiaya (ay.4). Biasanya semakin banyak penderitaan semakin teguh iman jemaah sebaliknya kalau tiada penderitaan iman jemaah semakin lemah sebab jemaah tidak lagi bergantung kepada TUHAN, pada fikiran mereka. Paulus menghiburkan jemaah Tesalonika dengan mengatakan mereka mendapat kelegaan apabila Tuhan Yesus datang, Dia akan menghukum mereka yang tidak percaya kepada Injil (ay.7) dan membalas mereka yang menyebabkan jemaah Tesalonika menderita pada hari kedatangan itu (ay.6). Paulus begitu yakin Tuhan Yesus akan datang pada zaman mereka mungkin Tuhan Yesus sendiri mengatakan kepadanya begitu. Kitab Wahyu juga ditutup dengan pesan "...Aku datang segera..." kata Tuhan Yesus kepada Yohanes (Why. 22:20). Mari kita belajar bahawa Tuhan Yesus memberi kelegaan kepadamu yang menderita sesuai waktu TUHAN bukan sesuai waktu kita, bertabahlah kita dalam penderitaan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 5.3.2025.

Comments

Popular Posts