Ibrani 9:9-10 (AVB) Ini melambangkan zaman ini, ketika persembahan dan korban dipersembahkan tetapi tidak menjadikan orang yang menjalankan ibadat itu sempurna dari segi hati nurani.
Semua ini hanya soal makanan dan minuman, pelbagai upacara pembasuhan iaitu rukun-rukun lahiriah yang dikenakan hingga sampai masa pembaharuan.
Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Masa pembaharuan" Bab 9 surat Ibrani sambung penjelasan tentang ciri pada Perjanjian Baharu yang disebut dalam bab 8, penulis mengatakan ibadah dalam Perjanjian Lama hanyalah soal makanan dan minuman sehingga masa pembaharuan (ay.10) tidak menyebabkan ibadah sempurna dari segi hati nurani (ay.9). Tetapi di dalam Perjanjian Baharu ibadah sempurna kerana dilakukan dengan darah yang sempurna iaitu darah Tuhan Yesus untuk penebusan yang kekal (ay.12) dan menyucikan hati nurani (ay.14) ibadah bukan di khemah buatan tangan manusia, tetapi khemah yang lebih besar dan sempurna (ay.11).
Mari belajar masa pembaharuan telah berlaku selepas Tuhan Yesus menyempurnakan ibadah dengan darah-Nya jangan lagi beribadah hanya soal makanan dan minuman.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami memahami ibadah yang sempurna bukan hanya soal makanan dan minuman.
Selamat beribadah.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
30.3.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment