Ibrani 7:23-25 (AVB) Ramai yang telah menjadi imam itu, kerana kematian menghalang mereka daripada berterusan dalam jawatan.
Tetapi Yesus, kerana Dia berterusan selama-lamanya, mempunyai keimaman yang tidak mungkin berubah.
Oleh itu, Dia dapat menyelamatkan sepenuhnya mereka yang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidup selama-lamanya untuk berdoa syafaat bagi mereka.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Imam untuk selama-lamanya" Bab 7 surat Ibrani membahas lagi tentang keimaman Tuhan Yesus yang disebut dalam bab 5 melalui peraturan Melkisedek, dalam bab ini diterangkan Tuhan Yesus imam untuk selama-lamanya kerana Dia hidup untuk selama-lamanya (ay.24-25) dan sekali sahaja membawa persembahan untuk penghapus dosa manusia kerana persembahan-Nya sempurna (ay. 27). Sebab itulah Tuhan Yesus dapat menyelamatkan sepenuhnya mereka yang datang kepada TUHAN melalui-Nya, malah Dia berdoa syafaat untuk kita (ay.25), kita pun janganlah berhenti berdoa syafaat untuk orang lain, terutama ahli keluarga kita sendiri agar tidak meninggalkan iman kepada Tuhan Yesus.
Mari kita belajar bahawa Tuhan Yesus imam untuk selama-lamanya kerana Dia hidup selama-lamanya.
Doa: Tuhan Yesus kami bersyukur kerana mempunyai imam untuk selama-lamanya penghapusan dosa kami dan yang berdoa syafaat untuk kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
28.3.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment