Filemon 1:10-11 (AVB) Aku membuat permintaan ini bagi pihak Onesimus, yang telah kujadikan sebagai anakku sendiri sewaktu aku di dalam penjara. Dahulu dia tidak berguna bagimu, tetapi sekarang dia berguna bukan sahaja bagimu malah juga bagiku. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Berguna bukan sahaja bagimu malah juga bagiku" Surat Paulus kepada Filemon hanya satu bab, ringkas tetapi sarat dengan teologi, khususnya teologi hamba, Onesimus seorang hamba abdi Filemon bertemu Paulus dalam penjara (ay.10), Paulus mahu menghantar pulang Onesimus kepada tuannya iaitu Filemon (ay.12), bukan sekadar menerima kembali sebagi hamba tetapi lebih daripada itu sebagi saudara dalam Tuhan (ay.16) mungkin Onesimus sudah menerima Tuhan Yesus, sebab dahulu tidak berguna sekarang berguna bagi Paulus dan juga Filemon (ay.11). Dahulu kita pun tidak berguna pada kaca mata orang lain, berbagi kata jolokan merendahkan kedudukan suku kita, seperti rogon govuton, anjing, kuli, bodoh, miskin, bau dan banyak lagi. Injil mengubah kita menjadi berguna. Mari kita belajar dahulu Onesimus tidak berguna tetapi sekarang berguna bukan sahaja bagimu malah juga bagiku. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 21.3.2025.

Comments

Popular Posts