2 Tesalonika 3:7-8 (AVB) Kamu tahu bahawa kamu harus mengikut teladan kami. Kami tidak hidup malas ketika bersamamu dahulu. Kami juga tidak mendapatkan makanan daripada orang lain dengan percuma. Sebaliknya, kami bertungkus-lumus siang malam supaya tidak membebankan sesiapa pun antara kamu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bertungkus lumus siang malam" Bab 3 surat 2 Tesalonika penutup surat, Paulus tidak menyebut nama orang yang dia kenal di sana atau berjanji menghantar pelayanan melayani jemaah Tesalonika. Pesan Paulus yang sangat tegas ialah mereka yang tidak mahu bekerja tidak boleh makan (ay.10), agaknya berapa ramai yang tidak boleh makan dalam jemaah, mungkin juga mereka yang kekurangan makanan hari ini (kalau masih ada dalam konteks gereja PCS) mereka tidak bekerja, berlambak kerja di kampung, kebun getah, kelapa sawit, sawah padi, tanah berpuluh ekar terbiar dan sebaginya tiada yang mahu bekerja. Paulus dan pasukannya bekerja ketika memberitakan Injil, tidak mendapat makanan secara percuma (ay.8). Di jemaah Tesalonika antara cabaran yang mereka hadapi ada jemaah yang malas bekerja tetapi mencampuri urusan orang lain (ay.11), mungkin sibuk menunggu kedatangan Tuhan Yesus, jadi tidak perlulah bekerja. Mari kita belajar bahawa selagi kita masih hidup bertungkus lumus siang dan malam bekerja untuk menyara diri sendiri dan keluarga. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 7.3.2025.

Comments

Popular Posts