2 Timotius 4:9-12 (AVB) Berusahalah untuk mengunjungiku dengan segera. Demas telah meninggalkanku kerana dia mencintai dunia ini, dia telah bertolak ke Tesalonika. Kreskes pula telah pergi ke Galatia dan Titus ke Dalmatia. Hanya Lukas ada bersamaku. Dapatkan Markus dan bawa dia denganmu, kerana dia dapat membantuku dalam tugasku. Aku telah mengutus Tikhikus ke Efesus. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mencintai dunia ini" Bab 4 surat 2 Timotius penutup surat, Paulus mengakui hayatnya sudah di penghujung (ay.6) dia berpuas hati sebab telah setia dalam perjuangan hingga ke garisan akhir, akan diberi mahkota kebenaran oleh Tuhan Yesus bukan dia saja malah semua orang yang menanti kedatangan-Nya (ay.7-8). Paulus menyembut beberapa nama Demas telah meninggalkan Paulus kerana mencintai dunia, Kreskes ke Galatia dan Titus ke Dalmatia (ay.10). Hanya Lukas yang setia bersama Paulus dalam penjara di Rom, berharap Timotius datang dan membawa Markus (ay.11), Tikhikus pula diutus ke Efesus mungkin menggantikan Timotius (ay.12). Nama-nama inilah antara pasukan pelayanan Paulus, Barnabas tidak pernah di sebut, sebab dia ada pasukan pelayanan yang lain. Hari ini pelayanan masih perlu pasukan dan memerlukan seorang ketua. Tinggal lagi kita jenis apa dalam pasukan pelayanan, setia seperti Lukas atau Demas yang meninggalkan pelayanan kerana mencintai dunia. Mari kita belajar jangan seperti Demas mencintai dunia ini. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 17.3.205.

Comments

Popular Posts