Ibrani 4:7-8 (AVB) maka Dia menetapkan satu hari lain, dalam firman-Nya kepada Daud, “Hari ini,” setelah sekian lama, iaitu: “Hari ini, jika kamu mendengar suara-Nya, jangan keraskan hatimu.” Andainya Yosua telah memberikan istirahat kepada mereka, Allah tidak akan berfirman kemudian tentang satu hari lain. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hari ini" Bab 4 surat Ibrani menyambung ajaran tentang hari istirahat atau Sabat, kita yang beriman kepada Tuhan Yesus akan masuk dalam istirahat bersama-Nya (ay.3) tetapi mereka yang telah mendengar Injil tetapi ingkar tidak akan masuk dalam istirahat itu (ay.6). Istirahat yang dimaksudkan penulis bukan istirahat hari ketujuh yang disebut dalam Perjanjian Lama itu (ay.4) tetapi hari lain yang disebut "Hari ini" (ay.7), itulah istirahat atau Sabat dalam Perjanjian Baharu iaitu pada hari kita mendengar suara Tuhan jangan keraskan hati (ay.7). Jangan keraskan hati bermaksud berhenti berbuat dosa dan masuk dalam persekutuan dengan Tuhan Yesus. Bukan bercakap tentang hari tertentu tetapi tentang pertaubatan. Berhenti pada hari tertentu penting untuk mendengar firman TUHAN (suara TUHAN) agar hati kita lembut seterusnya bertaubat. Mari kita belajar bahawa istirahat "Hari ini" bermaksud bertaubat bukan lagi merujuk hari tertentu dalam seminggu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 25.3.2025.

Comments

Popular Posts