Ibrani 3:4-6 (AVB) Setiap rumah ada pembinanya, tetapi Dia yang membina segalanya ialah Allah.
Musa memang setia dalam seisi Rumah Allah sebagai seorang khadam, untuk kesaksian terhadap segala perkara yang akan dikatakan kemudian.
Tetapi Kristus setia sebagai Anak ke atas seisi rumah-Nya. Kita adalah isi rumah-Nya jika kita berpegang teguh pada kebahagiaan harapan ini hingga ke akhir.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kita adalah seisi rumah-Nya" Bab 3 surat Ibrani beberapa ajaran yang dibahas seperti Tuhan Yesus sebagai Anak yang setia terhadap seisi rumah-Nya, kita adalah seisi atau ahli rumah (ay.6). Seisi rumah yang setia terhadap ketua keluarga sangatlah baik, anak-anak tidak berniat atau melakukan kejahatan yang mencemarkan nama keluarga, Tuhan Yesus contoh Anak yang setia terhadap Bapa.
Selain itu teologi perbandingan bahawa Tuhan Yesus lebih tinggi daripada Musa, ibarat Musa adalah rumah dan Tuhan Yesus ialah pembina rumah (ay.3), malah Tuhan Yesus pembina segala-galanya (ay.4).
Selain itu ada amaran kepada yang murtad, mereka tidak akan mendapat perhentian /isterehat bersama TUHAN (ay.18).
Mari kita belajar kita adalah seisi rumah-Nya, Dia setia kita pun patut setia kepada Bapa ketua keluarga.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
24.3.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment