1 Tesalonika 3:2-3 (AVB) Sementara itu kami mengutus Timotius, saudara kami dan rakan sekerja Allah dalam Injil Kristus, untuk menetapkan hatimu dan meneguhkan imanmu,
supaya tiada seorang pun daripadamu goyah pendirian akibat penganiayaan itu. Kamu tahu bahawa ini sudah ditentukan untuk kita.
Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Penganiayaan itu sudah ditentukan untuk kita" Bab 3 surat 1 Tesalonika berkisar lagi teologi penderitaan, Paulus sudah mengatakan penganiayaan akan berlaku sebab sudah ditentukan (ay.3), selain sudah ditentukan selamat penderitaan juga sudah ditentukan menurut teologi Paulus. Kemudian Paulus menyatakan kegembiraan kerana mendengar laporan Timotius bahawa jemaah di Tesalonika rindu bertemu Paulus dan pasukannya (ay.6), bermaksud jemaah ini masih beriman kepada Kristus walaupun dianiaya oleh bangsa sendiri. Paulus mendorong jemaah Tesalonika saling mengasihi dengan demikian Tuhan meneguhkan hati mereka sehingga menjadi suci dan tidak bercela ketika kedatangan Tuhan Yesus (ay.12-13).
Mari kita belajar percaya bahawa selain ditentukan selamat penganiayaan itu sudah ditentukan untuk kita.
Ibadah yang sejati ialah tabah dalam penderitaan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
2.3.2024.
Selamat memulakan puasa kepada umat muslim di seluruh dunia.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment