2 Tesalonika 2:3-4 (AVB) Jangan sekali-kali biarkan sesiapa memperdayamu kerana hari itu tidak akan datang sebelum berlakunya kemurtadan dan manusia leluasa, iaitu anak kebinasaan menampilkan diri.
Dia akan menentang dan meninggikan dirinya daripada semua yang disembah manusia. Dia akan duduk di dalam bait Allah dan mengisytiharkan dirinya sebagai Allah.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Anak kebinasaan menampilkan diri" Bab 2 surat 2 Tesalonika bersambung lagi ajaran Paulus tentang kedatangan Tuhan Yesus, kali ini ia mengatakan bahawa tidak akan berlaku kedatangan itu sebelum tampil anak kebinasaan yang mengaku dirinya Tuhan di bait suci dan kemurtadan yang berleluasa (ay.3-4), saya fikir sepanjang zaman ada saja anak kebinasaan menampilkan diri. Inilah dunia yang kita tinggal penuh dengan anak kebinasaan mereka ada di mana-mana, sesuai nama jolokan mereka melakukan kebinasaan kepada anak-anak manusia, semoga kita tidak ditentukan menjadi anak kebinasaan.
Paulus bersyukur kepada TUHAN kerana memilih jemaah Tesalonika diselamatkan dan disucikan oleh Roh Kudus (ay.13) sekali lagi teologi ditentukan muncul. Semua yang diselamatkan sudah ditentukan itulah teologi keselamatan Paulus, tidak ada yang selamat kalau bukan dipilih oleh TUHAN. Tuhan Yesus mengatakan kepada para murid-Nya bahawa Dia yang memilih mereka bukan mereka yang milih menjadi murid-Nya, tetapi ada yang menjadi anak kebinasaan di antara mereka (Yoh.15:16, 6:70).
Mari kita belajar bahawa anak kebinasaan menampilkan diri di mana-mana sepanjang zaman, semoga kedatangan Tuhan Yesus berlaku pada zaman kita untuk membinasakan anak kebinasaan itu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
6.3.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment