1 Tesalonika 4:3-4 (AVB) Allah menghendakimu hidup suci dan menjauhkan diri daripada perbuatan cabul. Hendaklah kamu masing-masing tahu bagaimana mengawal tubuh badan sendiri dan hidup dalam kesucian dan kehormatan, Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini kita belajar tentang "Mengawal tubuh badan sendiri" bab 4 surat 1 Tesalonika berkisar tentang berapa teologi atau ajaran, pertama teologi tubuh setiap orang tahu mengawal tubuh badan sendiri dan hidup dalam kesucian dan kehormatan (ay.4) di mana-mana surat Paulus akan diajar teologi ini kerana tubuh cenderung melakukan dosa, perlu dikawal. Kemudian teologi kerja, Paulus tegaskan setiap orang tidak perlu mencampuri urusan orang lain, mencari nafkah sendiri dan berusaha hidup tenang (ay.11), biasanya orang yang tiada kerja suka mencampuri urusan orang lain, tidak boleh hidup tenang sebab serba kekurangan, kerana itu carilah kerja. Paulus juga menyentuh teologi eskatologi pada hari kedatangan Tuhan Yesus (parousia) suara malaikat agung akan kedengaran memanggil semua orang yang hidup dan mati, dikumpulkan didahului oleh mereka yang sudah meninggalkan, bertemu Tuhan Yesus di angkasa (ay.16-17), jemaah Tesalonika mungkin ada persoalan tentang kedatangan Tuhan Yesus, Paulus menjawab persoalan tersebut, seperti kita hari ini masih berminat tentang itu inilah jawapannya. Mari kita belajar mengawal tubuh badan sendiri supaya tidak jatuh dalam nafsu berahi yang salah. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 3.3.2025.

Comments

Popular Posts