Ibrani 1:3 (AVB) Anak itu adalah sinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurna kewujudan-Nya. Dia memelihara segala-segalanya dengan kekuasaan firman-Nya. Setelah menghapuskan dosa kita melalui diri-Nya sendiri, Dia duduk di sebelah kanan Yang Maha Mulia yang bertakhta di syurga. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menghapuskan dosa kita melalui diri-Nya" Surat Ibrani tidak diketahui siapa penulis, bab satu surat ini memperkenalkan Tuhan Yesus sebagi gambar TUHAN yang sempurna wujud sebagai manusia (ay.3a) mungkin penulis pernah melihat Tuhan Yesus sebelum Dia kembali ke syurga. Gambar sempurna itulah yang menyampaikan firman kepada kita, sebelum itu melalui para nabi (ay.2), TUHAN mencipta alam semester melalui gambaran yang sempurna itu dan menghapus dosa kita melalui diri-Nya sendiri. Gambar TUHAN yang diciptakan di Taman Eden telah gagal hanya sebab ingin menjadi seperti TUHAN (Kej. 3:5), tetapi gambar yang sempurna ini adalah TUHAN sendiri, manusia tidak mampu menjadi TUHAN tetapi TUHAN mampu menjadi manusia, manusia tidak mampu menghapus dosanya tetapi TUHAN mampu menghapus dosa manusia melalui gambar yang sempurna itu iaitu Tuhan Yesus. Mari kita berlajar Tuhan Yesus gambar sempurna TUHAN telah menghapus dosa kita melalui diri-Nya sendiri. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 22.3.2025.

Comments

Popular Posts