1 Timotius 4:15-16 (AVB) Lakukanlah hal-hal ini dengan rajin. Curahkan seluruh keupayaan dirimu kepadanya, supaya kemajuanmu jelas di mata semua orang. Berhematlah tentang dirimu dan ajaranmu. Lakukan terus-menerus, kerana dengan demikian engkau akan menyelamatkan dirimu dan mereka yang mendengar kata-katamu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Lakukan terus menerus" Bab 4 surat 1 Timotius berkisar tentang beberapa ajaran Paulus kepada Timotius gembala muda itu (ay.12) yang melayani di Efesus. Tidak pasti berapa umur Timotius pada masa surat ini ditulis. Ajaran Paulus tentang menjelang kedatangan Tuhan Yesus akan ada yang berpaling dari iman dan mengikut ajaran roh-roh Iblis, yang mengajar melarang berkahwin dan memakan makan tertentu (ay.1-3). Kemudian Beberapa nasihat Paulus kepada Timotius antaranya terus menerus mengajar jemaah dengan membaca firman TUHAN di khalayak ramai dan mengajarkan (ay.13), lakukan dengan rajin curahkan keupayaan diri untuk melakukan itu (ay.14). Kalau dapat dilakukan oleh Timotius orang akan melihat hasil yang baik dan boleh menyelamatkan diri sendiri dan orang lain (ay.15-16), sebab mengetahui kebenaran firman TUHAN. Hari ini pun cabaran kepada gembala muda hampir sama, mereka perlu rajin dan terus-menerus melakukan pelayanan dengan baik agar ada hasil. Mari kita belajar melakukan terus-menerus membaca dan mengajar firman TUHAN. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 11.3.2025.

Comments

Popular Posts