1 Timotius 5:1-2 (AVB) Jangan marahi orang yang lebih tua daripadamu, tetapi nasihati dia seolah-olah dia bapamu. Nasihati lelaki yang lebih muda daripadamu seperti saudara lelakimu, perempuan yang lebih tua seperti ibumu, perempuan yang lebih muda seperti adik perempuanmu, dengan hati yang suci. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jangan marahi orang yang lebih tua daripadamu" Bab 5 surat 1 Timotius tentang nasihat-nasihat Paulus bagaimana hubungan gembala dengan anggota jemaah dari yang lebih tua dianggap sebagi bapa sendiri tidak dimarahi dan lelaki yang lebih muda seperti adik (ay.1), perempuan lebih tuan seperti ibu dan perempuan yang lebih muda seperti adik perempuan (ay.2). Jemaah sebenarnya satu keluarga besar walaupun tiada pertalian darah tetapi diikat oleh darah Kristus dan baptisan yang kita terima. Gereja yang tidak menerima baptisan gereja lain bererti mereka tidak menganggap kita ahli keluarga mereka. Paulus juga memberi petunjuk Timotius mengenai balu, bukan semua balu yang benar-benar balu bagi Paulus mereka yang berumur 60 tahun dan berkahwin sekali sahaja (ay.9) hidup bersendirian tidak ada tempat bergantung selain berdoa kepada TUHAN (ay.5), golongan ini patut jemaah bantu (ay.16). Timotius juga dinasihatkan menjaga kesihatan, antara yang disebut minum sedikit anggur untuk perut dan badan yang kerap sakit (ay.23). Para gembala muda yang belum berpengalaman boleh belajar dari surat Paulus ini khususnya di bab 5, supaya ada dasar berfikir dan bertindak di tempat pelayanan. Mari kita belajar jangan marahi orang yang lebih tua daripadamu anggap mereka seperti bapa kita sendiri. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 12.3.2025.

Comments

Popular Posts