Ibrani 10:33-35 (AVB) sebahagiannya apabila kamu sendiri diaibkan di khalayak ramai dengan celaan serta seksaan, dan sebahagiannya apabila kamu menjadi teman mereka yang diperlakukan demikian.
Kamu telah merasakan belas kasih terhadap mereka yang terpenjara. Kamu telah menerima dengan sukacita apabila hartamu dirampas, kerana kamu tahu bahawa kamu mempunyai milik yang lebih baik dan kekal di syurga.
Oleh itu, janganlah buangkan keyakinanmu, yang akan diberikan ganjaran besar.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini kita belajar tentang "Mempunyai milik yang lebih baik dan kekal di syurga" Bab 10 surat Ibrani mengajar lagi tentang persembahan yang sempurna oleh Tuhan Yesus yang menyucikan semua orang (ay.14), Tuhan Yesus sukarela menjadi korban yang sempurna itu (ay.7) Dia ada pilihan mahu atau tidak menjadi korban, tetapi Dia memilih menjadi korban penghapus dosa manusia.
Teologi penderitaan muncul apabila dikatakan oleh penulis ada yang dirampas harta, diaibkan di khalayak ramai dan diseksa (ay.33-34) tetapi mereka bersukacita kerana tahu memiliki harta yang lebih baik dan kekal di syurga (ay.43). Penulis juga mengesah jemaah agar tetap menghadiri pertemuan ibadah (ay.25).
Teologi kedatangan Tuhan Yesus juga dikatakan oleh penulis bahawa tidak akan dilengah-lengahkan lagi (ay.37).
Mari kita belajar bahawa kita mempunyai milik yang lebih baik dan kekal di syurga.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami melihat harta kami yang lebih baik dan kekal di syurga supaya kami tidak hanya berfikir harta di bumi.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
MAK homestay Kundasang Ranau Sabah, Malaysia.
31.3.2025.
Selamat menyambut Aidilfitri kepada semua umat muslim seluruh dunia.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment