Ibrani 2:14-15 (AVB) Oleh sebab anak-anak itu telah mendapat tubuh manusia, Dia sendiri pun mendapatkannya, supaya melalui kematian Dia dapat memusnahkan Iblis yang berkuasa atas kematian, dan membebaskan mereka yang tertakluk kepada belenggunya seumur hidup kerana takut mati. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Memusnahkan Iblis yang berkuasa atas kematian" Bab 2 surat Ibrani mengajar beberapa teologi antaranya tentang kematian, Iblis dikatakan menguasai kematian (ay.14) boleh bermaksud Iblis yang menyebabkan kematian dan menguasai alam kematian, sebab itulah manusia takut kepada kematian (ay.15). Tuhan Yesus diberikan tubuh yang boleh mati supaya melalui Kematian-Nya Dia mengalahkan Iblis (ay.14), boleh bermaksud Tuhan Yesus pergi ke alam kematian mengalahkan Iblis yang menguasai alam kematian itu. Khabar gembira kepada manusia dalam alam kematian bukan lagi Iblis menguasai tetapi Tuhan Yesus, walaupun kita semua akan mati. Mari kita belajar bahawa kematian tubuh Kristus mengalahkan Iblis yang menguasai alam kematian. Ibadah yang sejati ialah tidak takut alam kematian sebab Tuhan Yesus yang menguasai bukan Iblis. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 23.3.2025

Comments

Popular Posts