1 Timotius 2:10-13 (AVB) Hiasi diri dengan perbuatan baik, yang sepatutnya bagi perempuan yang mengaku kesolehannya.
Perempuan hendaklah belajar dengan senyap dan rendah hati.
Aku tidak membenarkan perempuan mengajar atau memerintah lelaki; dia harus berdiam diri
kerana Adam telah dicipta dahulu, kemudian barulah Hawa.
Kopivosihan dan selamat beribadah ibadah, hari ini kita belajar tentang "Perempuan hendaklah belajar dengan senyap dan rendah hati" Bab 2 surat 1 Timotius ajaran Paulus tentang perempuan, doa kesyukuran kepada semua orang serta para pemimpin dunia supaya hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat (ay.1-2) dan sedikit Kristologi bahawa hanya ada satu Tuhan dan satu pengantara iaitu Kristus Yesus (ay.5) yang mengharapkan semua orang diselamatkan dan mengetahui apa yang benar (ay.4).
Kemudian ajaran Paulus tentang perempuan supaya mereka menghias diri dengan sopan santun dan perbuatan baik bukan gaya rambut berlebihan, emas dan mutiara dan pakaian mahal-mahal (ay.9-10) belajar senyap dan rendah hati (ay.11), Paulus tidak membenarkan perempuan mengajar dan memerintahkan lelaki (ay.12), mungkin sebab ajaran ini, sehingga sekarang ada gereja yang tidak mentahbis perempuan sebagi pendeta atau pastor, atau bishop atau pop.
Setiap kali satu ajaran Alkitab kita turuti ada kesan dan akibat yang baik kita terima.
Mari kita belajar perempuan hendaklah belajar dengan senyap dan rendah hati.
Ibadah yang sejati belajar berdiam diri di hadapan TUHAN.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
9.3.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment