Titus 2:9-11 (AVB) Ajarkan hamba supaya mematuhi perintah dan menyenangkan hati tuannya dalam semua perkara. Hamba tidak harus membantah atau mencuri, sebaliknya hendaklah sentiasa amanah sehingga dalam segala hal mereka menjadikan ajaran tentang Allah Penyelamat kita itu menarik. Hal ini demikian kerana kasih kurnia Allah yang menyelamatkan seluruh umat manusia telah nyata. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hamba tidak harus membantah atau mencuri" Bab 2 surat Paulus kepada Titus tentang pelbagai ajaran yang hampir sama dengan isi surat 1 Timotius 5. Kali ini Paulus menambah ajaran terhadap hamba, mereka harus tidak membantah, mematuhi dan menyenangkan hati tuannya, jangan mencuri sebaliknya sentiasa amanah dalam semua hal, agar ajaran tentang Tuhan penyelamatan itu menarik (ay.9-10). Kita dapat andaikan para hamba selalu membantah, tidak amanah walaupun mereka sudah mengenal Injil atau sudah menjadi pengikut Tuhan Yesus, kelakuan para hamba itu tidak menarik hamba lain agar percaya kepada Injil. Hari ini kita pengikut Kristus malah ada yang menjadi pastor dan pendeta tugas kita agar menyenangkan Dia dalam segala hal, amanah, tidak mencuri kemuliaan Kristus seolah-olah kita pula yang mahu dipuji dan tidak amanah dengan pelayanan berkira dengan saguhati dan sebagainya. Mari kita belajar bahawa hamba tidak harus membantah atau mencuri. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 19.3.2025.

Comments

Popular Posts