Ibrani 6:6-8 (AVB) jika mereka berpaling, mustahil untuk membawa mereka bertaubat semula, kerana mereka telah menyalib Anak Allah sekali lagi bagi diri mereka serta memalukan-Nya di mata orang ramai. Tanah yang menghirup air hujan yang sering menimpanya, lalu mengeluarkan tanam-tanaman yang berguna bagi orang, adalah diberkati Allah. Sebaliknya, jika tanah itu mengeluarkan duri dan lalang, maka ia disingkirkan serta hampir dilaknat, dan akhirnya dibakar. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tanah itu mengeluarkan duri dan lalang" Bab 6 surat Ibrani membahas lagi tentang anggota jemaah yang berpaling iman sambungan bab 5, bagi penulis mustahil mereka yang berpaling iman bertaubat kerana seolah-olah telah menyalipkan sekali lagi Kristus dan memalukan Dia di mata orang ramai (ay.6), walaupun mereka sudah mengecapi pemberian dari syurga, mengenal kebenaran dan mendapat bahagian dalam Roh Kudus (ay.4), tetap juga berpaling iman, mereka ini ibarat tanah yang mengeluarkan duri dan lalang yang disingkirkan dan hampir dilaknat akhirnya dibakar (ay.8). Hari ini berpaling iman bukan perkara yang jarang berlaku, boleh dikatakan setiap keluarga mesti ada yang berpaling iman. Biasanya tiada yang bertaubat seperti yang dikatakan oleh penulis surat Ibrani, sebab menunggu dibakar oleh TUHAN. Mari kita belajar jangan berpaling iman sebab ibarat tanah itu mengeluarkan duri dan lalang akan dibakar. Doa: Tuhan tolong kami supaya tidak berpaling iman dan tetap setia kepada-Mu. Amen. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 27.3.2025.

Comments

Popular Posts