1 Timotius 1:3-5 (AVB) Sebagaimana telah kutegaskan kepadamu ketika aku bertolak ke Makedonia, supaya kamu tinggal di Efesus untuk memerintahkan beberapa orang berhenti daripada menyebarkan ajaran sesat, mendengar cerita dongeng dan salasilah yang panjang. Semua itu hanya menimbulkan pertengkaran dan tidak membawa ke jalan Allah yang berasaskan iman. Tujuan perintah ini ialah kasih yang datang daripada hati yang suci, hati nurani yang bersih dan iman yang ikhlas. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kasih yang datang daripada hati yang suci" Bab 1 surat 1 Timotius berkisar tentang salam Paulus kepada Timotius yang dianggap anak rohaninya (ay.2), Timotius ditugaskan oleh Paulus di Efesus untuk melayani jemaah di sana khusus untuk menegani ajaran sesat Paulus pula bertolak ke Makedonia (ay.3). Agak hebat ajaran sesat di Efesus sehingga perlu seseorang dikhususkan untuk menegani, mungkin Timotius tidak berjaya mengatasinya sebab disebut lagi oleh Tuhan Yesus dalam kitab Wahyu masalah rasul palsu dan pengikut Nikolaus yang Dia benci di jemaah Efesus (Why. 2:2,6) selepas berpuluh tahun kemudian. Paulus mengajar Timotius melayani dengan kasih yang datang daripada hati yang suci, hati nurani yang bersih dan iman yang ikhlas (ay.5). Hari ini pun masih diperlukan pelayan yang memiliki kasih, suci, beriman dan bersih tanpa ciri seperti ini pelayanan tidak akan menjadi malah merosakkan diri sendiri dan jemaah. Mari kita belajar supaya memiliki kasih yang datang daripada hati yang suci. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 8.3.2025.

Comments

Popular Posts