Ibrani 5:5-6 (AVB) Demikian jugalah Kristus, Dia tidak memuliakan diri-Nya untuk menjadi Imam Besar, tetapi Allah telah berfirman kepada-Nya: “Engkau Anak-Ku, pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.” Allah berfirman juga di suatu tempat lagi: “Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Imam untuk selama-lamanya" Bab 5 surat Ibrani bersambung lagi ajaran tentang imam yang sudah disebut di bab 4, peranan seorang imam ialah untuk menghapus dosa dan pengantara umat Israel dengan TUHAN menurut hukum Taurat, dalam konteks suku kita ialah bobolizan. Imam itu membawa korban binatang sebagi penghapusan dosa (ay.1), mereka dipanggil khusus oleh TUHAN bukan atas kemahuan mereka seperti imam Harun (ay.4, Kel. 28:1). Tuhan Yesus juga dipanggil oleh TUHAN menjadi imam untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek (ay.6). Tuhan Yesus berperanan menghapus dosa manusia untuk selama-lamanya dan menjadi pengantara manusia dengan TUHAN. Hari ini kitalah umat yang sudah dihapus dosa oleh imam Yesus Kristus itu untuk selama-lamanya. Mari kita belajar Tuhan Yesus imam untuk selama-lamanya penghapusan dosa manusia dengan korban diri-Nya sendiri. Doa: Kami bersyukur ya TUHAN kerana Tuhan Yesus telah menjadi imam penghapusan dosa kami untuk selama-lamanya. Amen. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 26.3.2025.

Comments

Popular Posts