1 Tesalonika 5:1-2 (AVB) Saudara-saudara, soal tentang masa dan detiknya tidaklah perlu kami tulis kepadamu. Kamu cukup mengetahui hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti datangnya pencuri pada malam hari. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Seperti datangnya pencuri pada malam hari" bab 5 surat 1 Tesalonika ialah penutup surat, bersambung lagi ajaran tentang kedatangan Tuhan Yesus, Paulus mengutip kata-kata Tuhan Yesus sendiri (Mat. 24:43, Luk. 12:39), berlaku seperti kedatangan pencuri pada waktu malam tidak ada yang tahu datik atau saat akan berlaku (ay.1-2), macam mana Paulus boleh mengutip kata-kata Tuhan Yesus sedangkan pada masa itu belum ada kitab Injil yang ditulis, sudah tentu tradisi lisan atau Tuhan Yesus sendiri memberitahu kepadanya. Apa yang penting jemaah Tesalonika bersedia sepanjang masa menyambut kedatangan Tuhan Yesus yang mereka yakini akan berlaku pada zaman mereka. Bersedia dalam erti kata waras, berwaspada, beriman, berharap dan ada kasih ibarat perisai dan ketopang kepala (ay.8). Paulus tidak mengutus seseorang melayani di jemaah Tesalonika, atau menyebut orang yang dia kenal di jemaah Tesalonika, mungkin sebab Paulus tidak lama berada di sana. Mari kita belajar bahawa hari kedatangan Tuhan Yesus seperti datangnya pencuri pada malam hari, tiada yang tahu bila. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 4.3.2025.

Comments

Popular Posts