Yosua 20:1-3 Kemudian TUHAN menyuruh Yosua memberitahukan umat Israel, “Pilihlah kota-kota perlindungan; Aku telah memerintahkan Musa untuk memberitahu kamu tentang hal ini. Sesiapa yang membunuh orang dengan tidak sengaja boleh lari ke kota itu dan menyelamatkan diri daripada orang yang hendak membalas dendam. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kota-kota perlindungan" Bab 20 kitab Yosua kisah penetapan kota-kota perlindungan di tempat yang dipilih oleh Yosua atas perintah TUHAN sendiri. Iaitu kota Kedes di Galiliea, kota Sikhem di perbukitan Efraim, kota Hebron di perbukitan Yehuda (ay.7), kota Bezer di wilayah Ruben, kota Ramot di wilayah Gad dan kota Golan di wilayah Manasye (ay.8). Ada enam kota dijadikan kota perlindungan. Guna kota-kota perlindungan itu merupakan tempat perlindungan untuk orang yang membunuh dengan tidak sengaja daripada orang yang mahu membelas dendam (ay.3). Hari ini dalam konteks kita balai polis tempat perlindungan kita sekirannya berlaku sesuatu yang boleh mengancam nyawa atau keselamatan seseorang. Dalam kerohanian pula Tuhan Yesus adalah kota perlindungan apabila kita melakukan dosa yang tidak disedari. Semoga kita mengenal pasti kota-kota perlindungan yang ada di sekitar kita. Doa: Tuhan Yesus Engkaulah kota perlindungan kami saat kami melakukan dosa yang tidak disengajakan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 9.12.2025.

Comments

Popular Posts