Berkatalah orang Israel kepada TUHAN, “Kami telah berdosa. Buatlah kepada kami apa sahaja yang baik di mata-Mu. Tetapi mohon Engkau tolonglah kami pada hari ini!” Lalu mereka menyingkirkan semua tuhan asing dari tengah-tengah mereka lantas mereka beribadat kepada TUHAN. Oleh itu, TUHAN pun terharu melihat kesusahan yang dialami oleh orang Israel. Hakim-Hakim 10:15-16 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menyingkirkan semua tuhan asing" Bab 10 kitab Hakim-Hakim kisah orang Israel jatuh lagi dalam penyembahan tuhan-tuhan lain bangsa sekeliling mereka (ay.6). TUHAN murka dan membiarkan mereka ditindas oleh bani Filistin dan Amon selama 18 tahun (ay.7-8). Orang Israel berseru kepada TUHAN, mereka menyingkirkan semua tuhan asing, TUHAN terharu melihat itu (ay.16). Hari ini banyak sebab kenapa kita hidup susah secara politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya antaranya kita tidak menyingkirkan semua tuhan asing. Semoga Krismas tahun ini kita menyingkirkan semua tuhan asing dalam rumah kita. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat menyingkirkan semua tuhan asing dalam ibadah Krismas kami. Dami sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 23.12.2025

Comments

Popular Posts