Tetapi sedang mereka bergembira makan dan minum itu, datanglah beberapa orang jahat kota itu yang mengepung rumah itu. Mereka mengetuk pintu rumah itu dengan kuat sambil berkata kepada orang tua, pemilik rumah itu, “Bawalah ke luar orang yang datang ke rumahmu itu, supaya kami menyetubuhi dia.”
Hakim-Hakim 19:22
Konsapatan dan selamat tahun baharu 2026. Hari ini kita belajar tema "Beberapa orang jahat"
Bab 19 kitab Hakim-Hakim kisah seorang Lewi lagi yang tinggal jauh dari rumah TUHAN di Silo, mungkin sudah menjadi orang awam malah bergundik (ay.1).
Gundik pula curang, meninggalkan dia lalu tinggal bersama ayahnya di Betlehem (ay.2).
Orang Lewi itu menyusul selepas empat bulan untuk memujuk gundik itu pulang ke rumahnya di pergunungan Efraim (ay.3).
Terjadilah musibah dalam perjalanan pulang ketika mereka menginap di salah satu rumah di kota Gibea kota bani Benyamin (ay.14).
Rumah dikepung oleh beberapa orang jahat kota itu mahu memperkosa lelaki tersebut (ay.22).
Ingat lagi kisah dua malaikat di rumah Lot, orang Sodom berbuat seperti yang dilakukan oleh beberapa orang jahat di kota Gibea (Kej.19:4-5).
Kejahatan apakah ini, ia sama dengan kejahatan orang Sodom yang dihancurkan oleh TUHAN.
Hari ini kita bukan warga Sodom atau Gibea, berhati-hati jangan sampai sama jahat seperti mereka.
Semoga tahun baharu ini kita tidak seperti beberapa orang jahat di kota Gibea.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak sejahat orang Gibea.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 1.1.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment