Berserulah Simson kepada TUHAN, katanya, “Ya Tuhan ALLAH, semoga Engkau ingat kepadaku dan buatlah aku kuat, sekali ini sahaja, ya Allah, supaya dengan satu pembalasan aku dapat menuntut dua belah mataku yang dibutakan oleh orang Filistin.” Berkatalah Simson, “Biarlah aku mati bersama-sama orang Filistin ini.” Lalu dia membongkok dan memaut dengan sekuat-kuat tenaganya lalu robohlah rumah itu menimpa para pemimpin warga kota itu dan seluruh orang ramai yang ada di dalamnya. Maka yang mati dibunuhnya pada waktu kematiannya itu lebih ramai daripada yang dibunuhnya ketika dia masih hidup dahulu. Hakim-Hakim 16:28, 30 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Buatlah aku kuat" Bab 16 kitab Hakim-Hakim kisah terakhir Simson yang mati bersama orang Filistin dihempap bangunan yang dirobohkan oleh Simson ketika dia dipanggil membuat lawak (ay.25) dengan mata yang buta yang telah dicukil oleh orang Filistin ketika kekuatan Simson hilang kerana rambutnya dicukur (ay.21). Simson terpaksa membayar dengan hilang kekuatan, mata dan nyawanya sendiri, akibat bermain-main dengan perempuan Filistin yang bernama Delila (ay.4). Tetapi Simson tetap beriman kepada TUHAN sebelum dia mati, dia berdoa supaya diberikan kekuatan sekali ini lagi oleh TUHAN (ay.28). Semoga buatlah aku kuat sekali ini lagi TUHAN mengatasi kesusahan sakit penyakit atau masalah iman. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami sekali ini lagi. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 29.12.2025.

Comments

Popular Posts