Susulan kematian Yosua, orang Israel bertanya kepada TUHAN, “Siapakah daripada kami yang harus lebih dahulu menghadapi orang Kanaan dalam peperangan antara kami dengan mereka?”
TUHAN pun berfirman, “Yehuda yang harus mara di hadapan; sesungguhnya Aku telah menyerahkan negeri itu ke dalam tangannya.”
Hakim-Hakim 1:1-2
Konsapatan dan selamat beribadah, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini kita belajar tema "Orang Israel bertanya kepada TUHAN"
Bab 1 kitab Hakim-Hakim permulaan kisah orang Israel setelah kematian Yosua. Mereka masih mengikut cara pemimpin terdahulu iaitu bertanya kepada TUHAN (ay.1), tidak disebut siapa pengantara mereka tetapi kita dapat mengangak sudah tentu imam pada masa itu yang bertugas di Silo.
Inilah yang dikatakan pemerintahan TUHAN sebab itu TUHAN tidak perlu melantik raja untuk orang Israel.
Hari ini TUHAN masih aktif dalam pemerintahan di sesuatu tempat, kampung daerah, negeri dan negara. Tinggal lagi adakah pemimpin itu bertanya kepada TUHAN.
Semoga kita seperti orang Israel bertanya kepada TUHAN sebelum kempen penaklukan tanah Kanaan bersambung.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak segan bertanya kepada-Mu.
Krismas jawapan pertanyaan manusia tentang masa depan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 14.12.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment