dan supaya kamu tidak bercampur-baur dengan bangsa-bangsa yang masih tertinggal dalam kalangan kamu itu. Jangan menyebut nama tuhan mereka, jangan bersumpah demi nama-nama itu, jangan beribadat kepada mereka, dan jangan sujud menyembah mereka, melainkan berpautlah pada TUHAN, Allahmu, seperti yang telah kamu lakukan sampai hari ini. Yosua 23:7-8 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Jangan menyebut nama tuhan mereka" Bab 23 kitab Yosua, kisah Yosua memanggil para tua-tua, para pemimpin suku, para hakim dan para pegawainya (ay.2). Yosua sudah lanjut usia pada ketika itu (ay.1) mungkin 100 tahun atau lebih. Dia memulakan pesan kepada mereka, antaranya mengingatkan supaya tidak bercampur-baur dengan kahwin mengawini saki baki bangsa yang ada di kalangan mereka malah jangan menyebut nama tuhan mereka (ay.7). Hari ini di negara kita apa yang berlaku seperti yang diingatkan oleh Yosua menyebab kita semakin tercepit secara iman, tidak mampu bertahan atau tidak mahu bertahan malah ada yang tertarik dengan tuhan dan nabi orang lain. Semoga kita ingat pesan Yosua jangan menyebut nama tuhan mereka. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mempertahankan iman kami. Dami sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 12.12.2025.

Comments

Popular Posts