BMDC IMAMAT 13:45-46 Seseorang yang menghidap penyakit kulit yang mengerikan harus memakai pakaian yang koyak dan membiarkan rambutnya kusut. Dia harus menutup bahagian bawah mukanya dan berseru, “Najis! Najis!” Dia akan tetap najis selama dia menghidap penyakit itu. Dia mesti tinggal di luar perkhemahan, terasing daripada orang lain. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dia akan tetap najis selama dia menghidap penyakit itu" Bab 13 kitab Imamat peraturan tentang orang yang menghidap penyakit kulit yang mengerikan (ay.1-46) dan peraturan kulupak (ay.47-59) kulat pada pakaian atau peralatan, kalau tidak membaiki semua dibakar habis. Orang yang menghidap penyakit kulit yang mengerikan dia menjadi najis selama penyakit itu tidak sembuh, tidak boleh berada dalam perkhemahan dan mengingatkan orang lain bahawa dia najis dengan berseru-seru "Najis! Najis!" (ay.45-46) supaya tiada yang menghampiri atau menyentuhnya sebab dia najis. Tuhan Yesus pernah menyembuhkan sepuluh orang berpenyakit kulit yang mengerikan, hanya seorang saja yang kembali kepada Tuhan Yesus untuk berterima kasih iaitu orang Samaria (Luk.17:11-19). Hari ini tiada lagi peraturan najis terhadap penghidap penyakit kulit yang mengerikan, tetapi ada juga penyakit rohani yang mengerikan iaitu sikap membenarkan diri sendiri seolah-olah tidak memerlukan kasih kurnia Tuhan Yesus disembuhkan dari penyakit kulit yang mengerikan. Semoga kita sedar dia akan tetap najis selama menghidap penyakit kulit yang mengerikan itu. Doa: Tuhan Yesus sembuhkan kami dari penyakit rohani yang mengerikan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 27.8.2025.

Comments

Popular Posts