Tetapi Yoas menjawab kepada semua orang yang mengerumuninya itu, “Kamu mahu membela Baal itu atau kamu mahu menyelamatkan dia? Sesiapa yang berjuang membela Baal akan dihukum mati sebelum pagi. Jika Baal itu tuhan, dia mampu membela dirinya sendiri, setelah orang merobohkan mazbahnya.” Hakim-Hakim 6:31 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Membela Baal akan dihukum" Bab 6 kitab Hakim-Hakim kisah seorang lagi hakim atau pahlawan yang dipilih TUHAN iaitu Gideon anak Yoas. Tugasan pertamanya merobohkan mazbah Baal dan menebang tiang Asyera di sisi mazbah itu (ay.25). Kemudian mendirikan mazbah TUHAN di kubu pertahanan dan mempersembahkan lembu jantan, membakar dengan tiang Asyera yang sudah ditebang (ay.26). Maka marahlah penduduk kota dan mahu membunuh Gideon, tetapi ayahnya mengatakan sebalik "siapa yang berjuang membela Baal akan dihukum mati sebelum pagi" (ay.31). Hari ini siapa yang kita perjuangkan membela iman kita atau iman lain. Semoga kita ingat kata-kata Yoas bapa Gideon siapa yang berjuang membela Baal akan dihukum mati sebelum pagi. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya berjuang membela iman kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 19.12.2025.

Comments

Popular Posts