Ketika Gideon serta pasukan tiga ratus orang warga itu tiba di Sungai Yordan lalu menyeberangi sungai itu dalam keadaan letih namun masih mengejar musuh, berkatalah dia kepada bani Sukot, “Tolong berikan roti kepada warga yang mengikuti aku ini, kerana mereka keletihan, dan aku sedang mengejar Zebah dan Salmuna, raja-raja Midian.”
Namun demikian, para pemimpin bani Sukot menempelaknya, “Sudahkah Zebah dan Salmuna berada dalam tanganmu sehingga harus kami berikan roti kepada tenteramu?”
Hakim-Hakim 8:4-6
Konsapatan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tema "Tolong berikan roti"
Bab 8 kitab Hakim-Hakim bersambung kisah peperangan Gideon dengan hanya 300 orang askarnya melawan 135 ribu askar orang Midian (ay.10). Ketika Gideon sedang mengajar dua raja Midian Zebah dan Salmuna mereka sangat letih, Gideon meminta roti kepada penduduk Sukot, tetapi para pemimpin mereka malah mengejek (ay.6).
Gideon tidak patah semangat terus mengajar dua raja Midian yang masih bersaman raja itu 15 ribu askar (ay.10).
Bila kita berada dalam keadaan susah bukan mudah mendapatkan pertolongan, tetapi jangan putus asa teruskan perjuangan seperti Gideon.
Semoga kita tolong berikan roti kepada orang susah.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami walaupun tiada yang memberi pertolongan.
Krismas ialah kisah memberi pertolongan dan kuat walaupun tiada pertolongan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 21.12.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment