Hal itu pun dipandang baik oleh orang Israel. Orang Israel memuji Allah dan tidak lagi berkata hendak mara serta memerangi mereka untuk memusnahkan tanah tempat tinggal bani Ruben dan Gad.
Bani Ruben dan bani Gad menamai mazbah itu Mazbah Saksi, kerana kata mereka, “Inilah saksi antara kita bahawa TUHAN itulah Allah.”
Yosua 22:33-34
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mazbah Saksi"
Bab 22 kitab Yosua kisah Yosua memanggil setengah suku Manasye, Ruben dan Gad yang mendapat bahagian tanah mereka di seberang barat sungai Yordan supaya pulang ke tanah milik mereka kerana perang sudah berakhir (ay.6).
Sesampai dekat sungai Yordan mereka telah mendirikan sebuah mazbah yang besar tersergam di tepi sungai Yordan (ay.10).
Ini menimbulkan salah faham suku Israel yang lain, mereka menyangkah mazbah itu seperti mazbah di Khemah TUHAN di Silo.
Mereka pun menghantar imam Pinehas dan para pemimpin suku bertanya kepada setengah suku Manasye Ruben dan Gad tujuan mazbah itu didirikan (ay.13-14).
Mereka pun menjelaskan bahawa bukanlah untuk mazbah persembahan tetapi sebagi peringatan bahawa suku seberangi timur sungai Yordan merupakan sebahagian daripada suku Israel yang menyembah TUHAN di Khemah TUHAN di Silo (ay.21-29) dan mereka namakan mazbah itu adalah Mazbah Saksi (ay.34), saksi persaudaraan dan saksi iman yang sama di antara suku seberang sungai Yordan di barat dan timur.
Hari ini gereja ialah Mazbah Saksi bagi kita, peringatan akan persaudaraan dan iman yang satu.
Semoga kita ingat Mazbah Saksi walaupun di mana kita melihatnya.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya disatukan dengan Mazbah Saki itu iaitu gereja-Mu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 11.12.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment