Setelah seluruh umat seangkatan itu dikumpulkan bersama-sama kaum leluhur mereka, muncullah keturunan yang tidak mengenal TUHAN dan segala perbuatan-Nya demi orang Israel.
Kemudian orang Israel melakukan kemungkaran di mata TUHAN dan menyembah Baal yang disembah oleh bangsa-bangsa di sekeliling mereka.
Hakim-Hakim 2:10-11
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "keturunan yang tidak mengenal TUHAN"
Bab 2 kitab Hakim-Hakim permulaan kisah generasi baharu orang Israel yang tidak melihat perbuatan TUHAN menolong mereka menakluki sebahagian besar tanah Kanaan.
Mereka ini dilahirkan di tanah Kanaan dalam keadaan aman damai hidup yang lebih mewah berbanding ibubapa mereka yang membesar semasa pengembaraan di padang gurun.
Generasi baharu ini tidak lagi ada ikatan yang sangat kuat dengan TUHAN mereka di Silo, tetapi sudah terdedah dengan tuhan-tuhan lain bangsa lain yang lebih bebas dan menyeronokkan pada zaman itu.
Hari ini gereja PCS pun mengalami keadaan yang sama, generasi baharu tidak ada ikatan emosi yang kuat dengan gereja berbanding generasi perintis.
Sebab itu meninggalkan iman dan berpindah gereja itu tidak ada masalah bagi mereka.
Semoga kita bukan keturunan yang tidak mengenal TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kasihan generasi baharu kami supaya mengenal-Mu melalui kesaksian generasi sebelum ini.
Krismas memanggil generasi baharu beribadah kepada TUHAN.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 15.12.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment