Yosua 14:10-11
Sekarang empat puluh lima tahun sudah berlalu sejak TUHAN berfirman kepada Musa tentang hal itu. Pada masa itu umat Israel mengembara di gurun. Sejak itu TUHAN telah menjaga saya supaya saya tetap hidup, menurut janji-Nya. Lihatlah! Sekarang saya sudah berumur lapan puluh lima tahun dan masih sekuat dahulu, ketika Musa mengutus saya. Saya masih kuat untuk berperang atau melakukan apa-apa saja.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Masih kuat berperang"
Bab 14 kitab Yosua kisah Kaleb anak Yefune menghadap Yosua di Gilgal, dia memohon untuk mendapat kawasan perbukitan iaitu kota Hebron (ay.6-13), pada masa itu usia Kaleb 85 tahun tetapi masih kuat berperang atau melakukan apa sahaja (ay.10-11).
Kota Hebron bukanlah kota kosong tetapi dihuni manusia raksasa (ay.12,15).
Hari ini berapa umur anda, saya sudah berumur 51 tahun, syukur masih kuat seperti umur 30an, hanya perlu berhati-hati sebab mungkin hanya perasaan saja masih kuat.
Semoga kita seperti Kaleb anak Yefune usia 85 tahun masih kuat berperang atau melakukan apa sahaja kerana dia taat kepada TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami umur panjang dengan kekuatan yang tidak hilang.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 3.12.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment