“Maka sekarang, serukanlah begini kepada semua warga itu, ‘Siapakah yang takut dan gentar, biarlah dia pulang dan tinggalkan pergunungan Gilead.’ ” Lalu pulanglah dua puluh dua ribu orang dan tinggallah sepuluh ribu orang. Hakim-Hakim 7:3 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Takut dan gentar" Bab 7 kitab Hakim-Hakim bersambung kisah Gideon pahlawan yang dipilih oleh TUHAN sendiri untuk mengalahkan pasukan Median yang ramai itu. Rakyat datang bergabung dengan Gideon, TUHAN tidak mahu pasukan yang ramai sebab nanti mereka akan mengatakan kerana kekuatan sendiri bukan kekuatan daripada TUHAN (ay.2). Maka TUHAN membuat pemilihan, mereka yang takut dan gentar disuruh pulang (ay.3) dan minum di sungai seperti anjing menjilat air, tinggal lagi yang menceduk air dengan tangan untuk minum di sungai yang hanya 300 orang (ay.6). Jumlah 300 inilah TUHAN pakai untuk mengalahkan orang Median. Hari ini pun TUHAN masih memakai kumpulan kecil untuk memberkati atau menghukum selagi tidak takut dan gentar mempertahan iman. Semoga kita tidak takut dan gentar. Krismas memerlukan orang tidak takut dan gentar beribadah memuji Tuhan Yesus. Damai sejahtera dijiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 20.12.2025.

Comments

Popular Posts