Ketika itu, Debora, seorang nabiah dan isteri kepada Lapidot menjadi hakim kepada Israel. Dia biasanya duduk di bawah pokok kurma Debora antara Rama dengan Betel di pergunungan Efraim, dan orang Israel mendatanginya demi mendapatkan penghakimannya. Hakim-Hakim 4:4-5 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Duduk di bawah pokok Kurma" Bab 4 kitab Hakim-Hakim kisah seorang lagi hakim iaitu Barak Tuhan telah memilih dia untuk mengalahkan raja orang Kanaan yang tinggal di kota Hazor yang bernama Yabin dan nama penglima perangnya Sisera (ay.3), tetapi dia tidak mahu pergi berperang tanpa kehadiran nabiah yang bernama Debora (ay.8). Menarik tentang Debora ialah dia menjalankan tugas kenabiannya di bawah pokok kurma, bukan di rumah atau di pintu gerbang kota. Pelayanan boleh dilakukan di mana-mana sahaja tidak semestinya di dalam bagunan, gereja, hotel, dewan dan sebagainya. Apa yang penting suara kenabian, pengembalaan, penginjilan dan sebagainya didengar oleh rakyat tanpa memilih siapa. Semoga kita boleh duduk di bawah pokok kurma atau di mana sahaja yang penting pesan TUHAN didengar oleh rakyat. Doa: Tuhan Yesus berikan kami fikirkan yang terbuka menyampaikan pesan-Mu di mana saja kami berada. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 17.12.2025.

Comments

Popular Posts