Lalu Allah membelah liang batu di Lehi itu, dan daripadanya keluarlah air. Simson minum dan menjadi kuat dan segar semula. Maka dinamailah mata air itu En-Hakuri (Mata Air Orang Yang Berdoa), yang sampai sekarang masih ada di Lehi.
Maka Simson memerintah sebagai hakim selama dua puluh tahun atas orang Israel dalam zaman orang Filistin.
Hakim-Hakim 15:19-20
Konsapatan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tema "Membelah liang batu"
Bab 15 kitab Hakim-Hakim bersambung kisah Simson, kali ini dia memerangi orang Filistin sebab isterinya orang Timna itu diberikan ayah perempuan itu kepada kawan Simson (ay.2), Simson marah dan mulalah dia membuat hal dengan orang Filistin, ladang gandum dan anggur dibakar (ay.5) dan membunuh 1000 orang Filistin (ay.16).
Tetapi selepas itu Simson sangat haus, dia berseru kepada TUHAN meminta air, maka TUHAN membelah liang batu di Lehi Simson pun minum dan segar semula (ay.18-19).
Begitulah kisah Simson orang gagah perkasa.
TUHAN ada ketika kita berseru, membelah liang batu memberi kita air.
Semoga kita seperti Simson tidak lupa berseru kepada TUHAN meminta air membelah liang batu walaupun dia gagah perkasa.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak lupa berseru membelah liang batu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 28.12.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment