Maka terlihat bahawa Abimelekh telah mati, pulanglah kesemua orang Israel ke tempat kediaman masing-masing.
Demikianlah Allah membalas kejahatan yang dilakukan oleh Abimelekh terhadap ayahnya apabila dia membunuh kesemua tujuh puluh orang saudaranya. Allah juga membalas segala kejahatan para warga Sikhem atas kepala mereka sendiri, sebagaimana yang dilafazkan dalam kutukan Yotam anak Yerubaal kepada mereka.
Hakim-Hakim 9:55-57
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "TUHAN membalas kejahatan"
Bab 9 kitab Hakim-Hakim kisah anak Gideon yang bernama Abimelek membunuh 70 orang anak Gideon iaitu adik beradik berlainan ibunya di kota Sikhem dengan bantuan penduduk kota itu (ay.18).
Selepas 3 tahun Abimelek memerintah orang Israel, berlakulah pemberontakan penduduk kota Sikhem, Abimelek menyerang menghancur kota dan membunuh semua penduduknya (ay.22-49).
Kemudian Abimelek menyerang kota Tebes, tetapi kali ini dia terbunuh akibat dilempap batu kisaran yang dijatuhkan oleh seorang perempuan dari atas menara di Tebes (ay.52-53).
Begitulah TUHAN membalas kejahatan Abimelek dan penduduk kota Sikhem.
Hari ini hukum TUHAN tetap berjalan, kita akan dihukum kerana kejahatan yang dilakukan kalau tidak bertaubat.
Semoga kita tidak seperti penduduk kota Sikhem dan Abimelek TUHAN membalas kejahatan yang mereka lakukan kerana tidak bertaubat.
Doa: Tuhan Yesus beri kami peluang untuk bertaubat supaya kami tidak dihukum.
Krismas peluang untuk bertaubat.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 22.12.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment