Maka perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki dan menamakannya Simson. Anak itu bertambah besar dan TUHAN memberkatinya. Mulailah Roh TUHAN menggerakkan hatinya di Mahane-Dan yang terletak di antara Zora dengan Esytaol. Hakim-Hakim 13:24-25 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Roh TUHAN menggerakkan hatinya" Bab 13 kitab Hakim-Hakim kisah seorang lagi hakim yang dipilih oleh TUHAN sebelum dia dilahirkan (ay.3). Sejak dalam kandungan dia dijaga sebagi penazar ibunya tidak boleh minum air anggur, minuman keras atau makanan haram (ay.4), selepas dilahirkan tidak boleh dicukur rambutnya (ay.5). Anak itu pun dilahirkan dia dinamakan Simson, bertambah besar dan TUHAN memberkatinya, mulailah Roh TUHAN menggerakkan hatinya (ay.24). Sehingga hari ini kita percaya Roh TUHAN masih menggerakkan hati seseorang untuk melakukan sesuatu yang baik demi kesejahteraan manusia yang lain dalam bidang yang dia ceburi. Semoga kita seperti Simson bertambah besar TUHAN memberkatinya dan Roh TUHAN menggerakkan hatinya. Doa: Tuhan Yesus berikan kami Roh TUHAN supaya hati kami pun digerakkan oleh-Nya. Krismas menggerakkan hati seseorang untuk TUHAN. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 26.12.2025.

Comments

Popular Posts