Yosua 17:17-18
Yosua berkata kepada suku Efraim dan suku Manasye Barat, iaitu keturunan Yusuf, “Bilangan kamu memang besar dan kamu sangat kuat. Kamu akan mendapat lebih daripada satu bahagian. Kawasan perbukitan itu juga akan menjadi milik kamu. Walaupun kawasan itu hutan, kamu akan memiliki seluruhnya dan membuka tanahnya. Kamu akan mengusir orang Kanaan, walaupun mereka bangsa yang kuat dan mempunyai kereta kuda daripada besi.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Walaupun kawasan itu hutan"
Bab 17 kitab Yosua kisah suku sebelah Barat sungai Yordan memerlukan lebih luas kawasan, tetapi kawasan yang menjadi milik mereka dihuni oleh orang Kanaan yang berkereta besi, perbukitan dan masih lagi berhutan (ay.18).
Hari ini pun cerita masih sama, kalau kita mahu lebih luas kawasan pertanian, perniagaan, pelayanan dan sebagainya perlu menghadapi cabaran seperti suku Efraim dan Manasye Barat itu perlu mengatasi orang Kanaan yang kuat, kawasan perbukitan dan hutan.
Semoga kita dapat membuka kawasan baharu walaupun kawasan itu hutan dengan pertolongan TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat membuka kawasan baharu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 6.12.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment