Tetapi ayah dan ibunya berkata kepadanya, “Tidak adakah seorang perempuan daripada kalangan anak perempuan sanak saudaramu atau daripada seluruh bangsa kita sehingga kamu mesti memperisteri perempuan golongan orang Filistin yang tidak bersunat itu?” Tetapi Simson menjawab ayahnya, “Ambillah dia untukku, kerana aku menyukai dia.” Tetapi ayah dan ibunya tidak tahu bahawa hal itu berasal daripada TUHAN kerana Dia sedang mencari peluang untuk memerangi orang Filistin yang memerintah orang Israel pada masa itu. Hakim-Hakim 14:3-4 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Berasal daripada TUHAN" Bab 14 kitab Hakim-Hakim bersambung kisah Simson, kali ini TUHAN membuat dia mencari wanita untuk dijadikan isteri dari Timna kota orang Filistin (ay.1-2). Ibu dan bapa Simson tidak setuju tetapi Simson mendesak (ay.3). Mereka tidak tahu bahawa itu berasal daripada TUHAN untuk mencari peluang memerangi orang Filistin yang memerintah orang Israel pada masa itu (ay.4). Larangan perkahwinan campur dengan orang Filistin secara tersurat tidak disebut dalam Taurat tetapi orang Israel tidak mahu berkahwin dengan bangsa lain kerana mereka bukan keturunan Abraham yang ditandai dengan sunat (ay.3). Hari ini kahwin campur tidak asing bagi kita, tetapi maksud TUHAN supaya kita tidak dikuasai oleh mereka malah sebaliknya. Semoga perkahwinan campur berasal daripada TUHAN untuk menerus khabar baik kepada keluarga pasangan itu. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya perkahwinan kami berasal daripada TUHAN. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 27.12.2025.

Comments

Popular Posts