Yosua 19:49-50 Apabila umat Israel selesai membahagi-bahagikan tanah itu, mereka memberi Yosua anak Nun sebahagian tanah itu sebagai miliknya sendiri. Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN, mereka memberi Yosua kota yang dimintanya, iaitu Timnat-Serah di kawasan perbukitan Efraim. Yosua membina semula kota itu lalu menetap di sana. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Timnat-Serah di kawasan perbukitan Efraim" Bab 19 kitab Yosua sambungan kisah pembahagian tanah Kanaan ketika rakyat berkumpul di Silo bersama Yousa (Yos.18:1-3). Akhirnya semua suku mendapat bahagian, tugas mereka untuk mengusahakan tanah dan Kota masing-masing. Selepas semua suku mendapat bahagian Yosua juga mendapat bahagian di perbukitan Efraim yang bernama kota Timnat-Serah. Kota yang hanya disebut di kitab Yousa bab 19 dan 24. Maksudnya kota ini tidak terkenal mungkin sebab sentiasa dalam keadaan aman damai. Sikap Yosua yang mendahulukan rakyat berbanding dirinya ciri pemimpin yang baik, hari ini hampir tiada pemimpin seperti Yosua. Semoga kita mencontohi Yosua memilih kota Timnat-Serah di kawasan perbukitan Efraim yang tidak terkenal untuk dirinya. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak mementingkan diri. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 8.12.2025.

Comments

Popular Posts