Lalu dia mengembalikan wang perak seribu seratus keping itu kepada ibunya. Tetapi ibunya berkata, “Aku mahu sucikan wang itu bagi TUHAN dan aku menyerahkan agar daripada wang itu anakku membuat patung ukiran dan patung tuangan. Maka sekarang, wang itu aku kembalikan kepadamu.” Tetapi Mikha mengembalikan wang itu kepada ibunya. Lalu ibunya mengambil dua ratus wang perak dan memberikannya kepada tukang perak, yang membuat patung ukiran dan patung tuangan daripada wang itu. Kemudian semua patung itu diletak di rumah Mikha.
Hakim-Hakim 17:3-4
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Patung ukiran dan patung tuangan"
Bab 17 kitab Hakim-Hakim kisah seorang kaya yang bernama Mikha, ibunya mempunyai 1100 keping wang perak (ay.2), lebih kurang nilai pada zaman itu 10 keping perak upah seorang pekerja untuk setahun (ay.10) bolehlah kita anggar nilai hari ini RM2000 satu keping wang perak. Kalau begitu keluarga Mikha adalah jutawan kerana memiliki wang perak bernilai lebih kurang RM2 juta.
Masalahnya ibu Mikha mahu memberi persembahan kepada TUHAN atas wang yang dia miliki tetapi caranya betul-betul bertentangan dengan hukum Taurat.
Dia membuat patung ukiran dan patung tuangan (ay.3).
Kenapa tidak membeli beberapa ekor lembu dipersembah di Khemah TUHAN di Silo.
Niat baik tetapi cara pelaksana salah sama sekali.
Hari ini ramai yang berniat baik untuk TUHAN tetapi tersasar cara pelaksana seperti menyumbang wang kepada gereja tetapi dibuat permainan ala judi, ada niat politik, ada niat memegahkan diri dan keluarga.
Bukan korban yang menyenang hati TUHAN tetapi patung ukiran dan patung tuangan yang dibuat.
Semoga kita tidak membuat patung ukiran dan patung tuangan.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak tersalah cara pelaksana niat yang baik kepada-Mu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 30.12.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment