“Jadi aku tidak bersalah terhadap engkau, melainkan engkau yang bersalah terhadap aku dengan berperang melawan aku. Semoga TUHAN yang menjadi hakim pada hari ini antara orang Israel dengan bani Amon.” Tetapi raja bani Amon tidak mempedulikan semua pesan Yefta yang disampaikan kepadanya.
Hakim-Hakim 11:27-28
Konsapatan dan selamat menyambut ambang Krismas, hari ini kita belajar tema "Tidak mempedulikan pesan Yefta"
Bab 11 kitab Hakim-Hakim kisah seorang lagi hakim yang dipilih TUHAN untuk membebaskan orang Israel dari bani Amon iaitu Yefta, latarbelakang hidupnya tidaklah baik dia pernah diusir oleh keluarga kerana anak dari seorang perempuan pelacur (ay.2-3).
Tetapi apabila bani Amon menyerang orang Israel dia dipanggil untuk menjadi penglima mengetuai perang (ay.6).
Sebelum berperang Yefta mengirim utusan untuk berunding supaya perang tidak berlaku. Alasan bani Amon ingin berperang dengan orang Israel untuk mengambil balik wilayah yang dimiliki oleh orang Israel suatu masa dulu pada zaman Musa dalam peperangan mempertahankan diri.
Raja bani Amon tidak mempedulikan pesan Yefta supaya tidak berperang dengan orang Israel (ay.28).
Krismas ialah pesan damai antara TUHAN dengan semua manusia, tetapi ramai yang tidak mempedulikan pesan itu seperti bani Amon, lebih suka berperang daripada berdamai.
Semoga kita tidak seperti bani Amon tidak mempedulikan pesan Yefta untuk damai.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya memilih mempedulikan pesan damai-Mu.
Krismas ialah pesan damai.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 24.12.2025.
Merry Christmas.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment